Tujuan teman create blog ini untuk kita berbincang bagaimana kita boleh buang kan sentimen membenci sesama melayu yang semakin hari situasi nya nampak semakin serius
Sedarlah wahai bangsaku jangan kita tertipu dengan bisikan dan hasutan sesetengah individu yang rakus kan kuasa
Dulu orang melayu besrsatu tapi sekarang Melayu sudah terbahagi kepada tiga, cuba kita renungkan apa faedah nya kita berpecah dan berbalah sedangkan orang MElayu tu Islam dan Islam itu bersaudara
Hanya kerana berbeza fahaman politik kita sanggup menggadai dan meruntuhkan bangsa kita dan masa depan anak cucu kita sedang kan pepatah mengatakan "bersatu teguh bercerai roboh"
Teman berasa sedih dan takot apabila membaca blog2 tentang politik, apa yang kita nampak sekarang perpecahan semakin serius yang teman rasa tiada faedah nya kita harus berpecah.
Ada juga puak yang mendakwa beliau lebih Islam dari orang Islam yang lain tetapi dalam masa yang sama mereka berpuak puak sedangkan islam itu sendiri mengajak kita bersatu
Malaysia adalah sebuah bumi yang bertuah yang di kurniakan Allah ta'aala kepada kita tapi kenapa kita tidah mensyukuri dengan kemewahan yang kita ada saban hari kita merungut itu ini tidak cukup sedangkan kerajaan memberi segala kemudahan, subsidi,bantuan untuk orang Melayu
Cuba kita duduk dan muhasabah diri dan mensyukuri nikmat yang ada dari kita berterusan merungut dan jangan sampai satu hari semua nikmat ini di tarik balik
Ingat lah wahai bangsa ku jangan sampai " yang di kejar tak dapat yang di kendung keciciran"
Sekian coretan teman buat hari ini
Wasalam
No comments:
Post a Comment