Thursday, 11 August 2011

Assalamualaikum

Assalamualaikum...

Sejak insidennserbuanngereja tempoh hari teman lihat orang Malayoo bertelagah seperti biasa pengikut Parti Angguk Saja tetap menyalahkan kerajaan, teman ingin bertanya adakah mereka manusia yang maksum yang tidak pernah buat silap walaupun insiden itu terang2 silap mereka tapi tetap menyalah kan org lain...hidup ni jangan la terlalu sombong tak semesti kita berjubah dan berserban kita akan terus masuk syurga...

Wednesday, 10 August 2011

PAS (Parti Angguk Saja)

Assalamualaikum

Selama ni kita cuma nampak oramg yang bermzina,kaki judi,yang tak solat tu orang yang ingkar dan bergelumang dengan dosa tapi kita tak pernah nampak orang yang lacur kan ugama demi kepentingan politik,kuasa sebagai golongan yang ingkar walhal itu lah sebesar besar dosa..nauzubillah

Teman tak faham kenapa masih ramai lagi orang Malayoo yang boleh terpengaruh dan sokong parti PAS (Parti Angguk Saja) sedang kan apa yang mereka buat sekarang ni terang2 bertentangan dengan prinsip awal

Dulu kata Hudud tapi bila Boss benggali marah semua lebai2 PAS menikus dan terus tukar prinsip negara kebajikan pulak, mereka lebih takut kan Boss benggali dari Hukum TuHan
yang teman musykil kalu mereka tu benar2 ingin laksana kan Hudud kenapa sudah berbelas tahun Kelantan bawah pemerintahan mereka tapi tidak di laksana kan sampai hari ini?


Assalamualaikum ya Umat Mohammad

Tujuan teman create blog ini untuk kita berbincang bagaimana kita boleh buang kan sentimen membenci sesama melayu yang semakin hari situasi nya nampak semakin serius

Sedarlah wahai bangsaku jangan kita tertipu dengan bisikan dan hasutan sesetengah individu yang rakus kan kuasa

Dulu orang melayu besrsatu tapi sekarang Melayu sudah terbahagi kepada tiga, cuba kita renungkan apa faedah nya kita berpecah dan berbalah sedangkan orang MElayu tu Islam dan Islam itu bersaudara

Hanya kerana berbeza fahaman politik kita sanggup menggadai dan meruntuhkan bangsa kita dan masa depan anak cucu kita sedang kan pepatah mengatakan "bersatu teguh bercerai roboh"

Teman berasa sedih dan takot apabila membaca blog2 tentang politik, apa yang kita nampak sekarang perpecahan semakin serius yang teman rasa tiada faedah nya kita harus berpecah.

Ada juga puak yang mendakwa beliau lebih Islam dari orang Islam yang lain tetapi dalam masa yang sama mereka berpuak puak sedangkan islam itu sendiri mengajak kita bersatu

Malaysia adalah sebuah bumi yang bertuah yang di kurniakan Allah ta'aala kepada kita tapi kenapa kita tidah mensyukuri dengan kemewahan yang kita ada saban hari kita merungut itu ini tidak cukup sedangkan kerajaan memberi segala kemudahan, subsidi,bantuan untuk orang Melayu

Cuba kita duduk dan muhasabah diri dan mensyukuri nikmat yang ada dari kita berterusan merungut dan jangan sampai satu hari semua nikmat ini di tarik balik

Ingat lah wahai bangsa ku jangan sampai " yang di kejar tak dapat yang di kendung keciciran"

Sekian coretan teman buat hari ini

Wasalam